Monday, November 26, 2012

PEPATAH

Pepatah ialah sejenis peribahasa yang berangkap. Lazimnya terdapat pengulangan perkataan yang bertujuan untuk penegasan ataupun untuk menyampaikan unsur-unsur pengajaran. 

 Contoh-contoh pepatah;

 Ada asap adalah api.
     *  Hubungan yang tidak dapat dipisahkan. 

 Antan patah, lesung hilang.
     *  Berturut-turut ditimpa nasib malang.

 Beras yang tinggal, sekam melayang.
      *   Kebaikan pasti berjaya melawan kejahatan.

 Buruk muka cermin dibelah.
     *   Menuduh orang lain melakukan kesalahan yang dibuat,

 Cakap sejengkal dibawa sehasta. 
     *   Membesar-besarkan sesuatu perkara.

 Dalam madu berisi hempedu. 
     *    Berkata-kata manis untuk berbuat jahat.

 Emas yang sudah tersepuh.
     *  Gadis yang jelita.

 Gajah mati kerana gadingnya
     *   Mendapat kesusahan kerana kelebihan yang dimiliki.

 Garam dikulumnya tidak hancur.
      *  Pandai menyimpan rahsia.

 Harap mendapat bintang. 
     *  Melakukan kerja supaya mendapat pujian.

 Isi dada bekal berjalan.
      *  Orang yang berilmu mudah mencari rezeki di mana sahaja.

 Lalang yang ditanam takan padi yang tumbuh. 
     *   membuat kerja yang sia-sia tidak akan mendatangkan faedah. 

 Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
      *   Mendapat apa yang dihajati.

 Pukul anak sindir menantu. 
     *  Maksud sindiran kepada orang lain

 Seperti anai-anai makan kayu. 
     *  Tekun bekerja.

 Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. 
     *   Pasti ada sebab orang mengatakan sesuatu perkara. 

 Tujuh kali papa. 
      *   Pekerjaan yang tidak tetap akan mendatangkan kerugian. 

 Umpama air digenggam tak tiris.
      *   Sangat kedekut.


3 comments:

  1. Blog cikgu comel dan menarik , teruskan usaha cikgu.....

    ReplyDelete
  2. Banyak info yang boleh dikongsi bersama.Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen yang diberi...

    ReplyDelete