Wednesday, November 28, 2012
BAHAGIAN A PENULISAN BAHASA MELAYU
Bahagian A : Membina Ayat
1. (SIAPA) Kenal pasti orang yang terdapat dalam gambar.
Contoh : seorang perempuan,
seorang lelaki
sekumpulan pelajar
Dua orang wanita
Seorang doktor ..........
2. (APA) kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan
Contoh : berdiri
makan
berbual-bual
duduk
merawat
membasuh ...........
3. ( DI MANA) kenal pasti lokasi
Contoh : di kebun
di taman
di ruang tamu
di atas bangku
di kantin
di hospital ..............
4. Gunakan kata sifat jika sesuai
Contoh : besar
cantik
tinggi
rimbun
bersih
putih..................
5. Gunakan kata hubung yang sesuai
Contoh : dan
sambil
lalu
kerana
supaya
untuk........
CONTOH MEMBINA AYAT MUDAH:
1. Lima orang murid lelaki sedang berbaris untuk menaiki bas sekolah.
2. Sekumpulan pelajar sedang berbincang di dalam kelas.
3. Seorang doktor sedang merawat pesakitnya.
( mungkin sesuai kepada sebahagian murid sahaja / lemah/ sederhana)
Monday, November 26, 2012
PEPATAH
Pepatah ialah sejenis peribahasa yang berangkap. Lazimnya terdapat pengulangan perkataan yang bertujuan untuk penegasan ataupun untuk menyampaikan unsur-unsur pengajaran.
Contoh-contoh pepatah;
Ada asap adalah api.
* Hubungan yang tidak dapat dipisahkan.
Antan patah, lesung hilang.
* Berturut-turut ditimpa nasib malang.
Beras yang tinggal, sekam melayang.
* Kebaikan pasti berjaya melawan kejahatan.
Buruk muka cermin dibelah.
* Menuduh orang lain melakukan kesalahan yang dibuat,
Cakap sejengkal dibawa sehasta.
* Membesar-besarkan sesuatu perkara.
Dalam madu berisi hempedu.
* Berkata-kata manis untuk berbuat jahat.
Emas yang sudah tersepuh.
* Gadis yang jelita.
Gajah mati kerana gadingnya
* Mendapat kesusahan kerana kelebihan yang dimiliki.
Garam dikulumnya tidak hancur.
* Pandai menyimpan rahsia.
Harap mendapat bintang.
* Melakukan kerja supaya mendapat pujian.
Isi dada bekal berjalan.
* Orang yang berilmu mudah mencari rezeki di mana sahaja.
Lalang yang ditanam takan padi yang tumbuh.
* membuat kerja yang sia-sia tidak akan mendatangkan faedah.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
* Mendapat apa yang dihajati.
Pukul anak sindir menantu.
* Maksud sindiran kepada orang lain.
Seperti anai-anai makan kayu.
* Tekun bekerja.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
* Pasti ada sebab orang mengatakan sesuatu perkara.
Tujuh kali papa.
* Pekerjaan yang tidak tetap akan mendatangkan kerugian.
Umpama air digenggam tak tiris.
* Sangat kedekut.
Contoh-contoh pepatah;
Ada asap adalah api.
* Hubungan yang tidak dapat dipisahkan.
Antan patah, lesung hilang.
* Berturut-turut ditimpa nasib malang.
Beras yang tinggal, sekam melayang.
* Kebaikan pasti berjaya melawan kejahatan.
Buruk muka cermin dibelah.
* Menuduh orang lain melakukan kesalahan yang dibuat,
Cakap sejengkal dibawa sehasta.
* Membesar-besarkan sesuatu perkara.
Dalam madu berisi hempedu.
* Berkata-kata manis untuk berbuat jahat.
Emas yang sudah tersepuh.
* Gadis yang jelita.
Gajah mati kerana gadingnya
* Mendapat kesusahan kerana kelebihan yang dimiliki.
Garam dikulumnya tidak hancur.
* Pandai menyimpan rahsia.
Harap mendapat bintang.
* Melakukan kerja supaya mendapat pujian.
Isi dada bekal berjalan.
* Orang yang berilmu mudah mencari rezeki di mana sahaja.
Lalang yang ditanam takan padi yang tumbuh.
* membuat kerja yang sia-sia tidak akan mendatangkan faedah.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
* Mendapat apa yang dihajati.
Pukul anak sindir menantu.
* Maksud sindiran kepada orang lain.
Seperti anai-anai makan kayu.
* Tekun bekerja.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
* Pasti ada sebab orang mengatakan sesuatu perkara.
Tujuh kali papa.
* Pekerjaan yang tidak tetap akan mendatangkan kerugian.
Umpama air digenggam tak tiris.
* Sangat kedekut.
Friday, November 16, 2012
Thursday, November 15, 2012
TEKNIK BERCERITA
TEKNIK BERCERITA
Aktiviti bercerita melibatkan sebutan, intonasi dan gaya cerita yang berbagai-bagai dan secara langsung menggunakan aksi, gerak badan dan muzik yang sesuai.
Dua kebaikan melalui aktiviti bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:
a) meningkatkan kemahiran berbahasa
b) meningkatkan kemahiran perlafazan
Bagaimanakah cara bercerita yang berkesan?
Aspek-aspek yang perlu diambil kira:
a) suara
- lantunan suara yang jelas dan lantang
- nada suara tidak mendatar dapat menunjukkan emosi
sedih, gembira, marah dan cemas dengan nada suara
yang sesuai
- diksi dan sebutan adalah jelas
b) Bahasa
- penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap
kebolehan pendengar
c) Gerak badan dan mimik muka
- perlu sesuai dan tepat
- elakkan gerak badan dan mimik muka berlebihan
d) Jeda
- berhenti sejenak di bahagian tertentu bagi
mewujudkan kesan dramatis
e) Hubungan dengan pendengar
- melalui pertentangan mata bagi mengekalkan
tumpuan perhatian mereka
Friday, November 2, 2012
PANTUN
Pantun merupakan suatu ungkapan puisi Melayu yang disukai ramai. Pantun menjadi popular bukan sahaja kerana unsur keindahan bahasanya, malah ia memainkan peranan sebagai wahana pemikiran yang bernas dan perasaan yang halus.
Jenis-jenis pantun
a) Pantun nasihat
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berburu kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
b) Pantun budi
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah
c) Pantun teka teki
Pokok bidara di istana puri
Tinggi menjulang tidak terkisah
Kalau tuan bijak bistari
Apakah tulang rendam tak basah
Subscribe to:
Posts (Atom)