1. (SIAPA) Kenal pasti orang yang terdapat dalam gambar. Contoh :seorang perempuan, seorang lelaki sekumpulan pelajar Dua orang wanita Seorang doktor ..........
2. (APA) kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan Contoh : berdiri makan berbual-bual duduk merawat membasuh ...........
3.( DI MANA) kenal pasti lokasi Contoh :di kebun di taman di ruang tamu di atas bangku di kantin di hospital ..............
4. Gunakan kata sifat jika sesuai Contoh :besar cantik tinggi rimbun bersih putih.................. 5. Gunakan kata hubung yang sesuai Contoh : dan sambil lalu kerana supaya untuk........
CONTOH MEMBINA AYAT MUDAH:
1. Lima orang murid lelaki sedang berbaris untuk menaiki bas sekolah. 2. Sekumpulan pelajar sedang berbincang di dalam kelas. 3. Seorang doktor sedang merawat pesakitnya.
( mungkin sesuai kepada sebahagian murid sahaja / lemah/ sederhana)
Pepatah ialah sejenis peribahasa yang berangkap. Lazimnya terdapat pengulangan perkataan yang bertujuan untuk penegasan ataupun untuk menyampaikan unsur-unsur pengajaran.
Contoh-contoh pepatah;
Ada asap adalah api. * Hubungan yang tidak dapat dipisahkan.