Pantun merupakan suatu ungkapan puisi Melayu yang disukai ramai. Pantun menjadi popular bukan sahaja kerana unsur keindahan bahasanya, malah ia memainkan peranan sebagai wahana pemikiran yang bernas dan perasaan yang halus.
Jenis-jenis pantun
a) Pantun nasihat
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berburu kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
b) Pantun budi
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah
c) Pantun teka teki
Pokok bidara di istana puri
Tinggi menjulang tidak terkisah
Kalau tuan bijak bistari
Apakah tulang rendam tak basah
Pantun mendaulatkan bahasa melayu warisan bangsa kita ~ Teruskan usaha cikgu..
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDelete